RESEPI
PAJERI NENAS INI CUKUP ISTIMEWA SEKALI. SALAH SATU MASAKAN MELAYU YANG CUKUP
UNIK DAN KORANG PATUT CUBA.
Biasanya
buah nenas ni kita makan mentah jer, cicah dengan garam ataupun kicap. Kecur air liur arrr..... Tak pun buat jus. Sedappppp! Tapi orang dulu-dulu,
suka jadikannya sebagai ‘lauk’ yang sangat enak. Lebih-lebih lagi kalau dimakan
bersama nasi panas dengan ikan masin. Pergh! Memang ‘terangkat’ selera! Silap-silap mau
tambah tiga pinggan nasi!
Disebabkan
emak Sis masih sudi tinggal bersama Sis, menu pajeri nenas ni Sis masak special
untuknya. Sis tahu emak Sis suka dan kalau bukan kerana emak ada, menu ini
memang tak tersenarai pun dalam hidangan favourite anak-anak Sis. Hehehe..
heheh…
Tapi kalau
Sis balik kampung, abang-abang Sis memang suka pajeri nenas. Jadi, Resepi
Pajeri Nenas Sis ini akan 'hangat' bila di kampung halaman Sis.
Oklah kita
terus sahaja kepada Resepi Pajeri Nenas. Sebenarnya ada pelbagai cara atau
versi untuk memasak pajeri nenas. Kalau korang tak nak nenas, boleh juga letak terung.
So, jadilah pajeri terung. Hehhe.. heheh…
Tapi, Sis nak bagi tau ni Resepi Pajeri Nenas yang Sis kongsikan di sini, adalah cara atau resepi ‘campak-campak’
yang Sis olah sendiri. Nak tahu sedap ke ‘idok’, korang kena cuba sendiri
ya.Baru tahu, menjilat jari ataupun tidak… Hahah..hahaha...
Sis pilih Nenas kecil yang manis tu... lagi 'umphh' kesedapannya.Terima kasih Kak Long @ Mama Fiza sebab bagi nenas ni :)) |
Bahan-Bahan:
Sebiji
nenas manis, separuh masak. (Bersihkan dan dipotong dengan ukuran dan bentuk
yang sesuai dengan selera kita. Pastikan kita telah membuang bahan tengah nenas yang keras tu tau. Kemudian perap dengan sedikit garam dan gula - kira-kira 10 minit)
5 biji
bawang merah (ditumbuk)
1 biji
bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 cm kunyit hidup (ditumbuk)
1 genggam
ikan bilis (ditumbuk – kalau nak guna udang kering pun boleh tapi Sis suka pakai ikan bilis)
2 sudu
besar cili kering yang sudah dikisar
8 sudu
besar serbuk kari (dibancuh sedikit dengan air -jenis apapun tak kisah ikut suka sendiri)
½ batang
kulit kayu manis
2 kuntum
buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
5 helai daun kari
4 sudu
besar kerisik
1 cawan
santan
Air, garam,
gula,kicap,sos tiram dan serbuk perasa secukupnya.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan ikan bilis yang sudah ditumbuk halus
sehingga berbau wangi.
2. Kemudian, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga
lawang, bunga cengkih dan daun kari.
3. Kacau lagi sehingga naik lagi bau wanginya. Setelah itu, masukkan
cili kering yang sudah dikisar.
4. Bila sudah garing sedikit, masukkan pula serbuk kari yang
sudah dibancuh dengan air tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Setelah itu, masukkan pula kerisik, garam, gula, kicap,
sos tiram dan serbuk perasa. Gaul lagi sehingga sebati.
6. Kacau rata, kemudian masukkan nenas yang sudah dipotong dan diperap dengan sedikit gula dan garam tadi.
7. Masukkan santan. Biarkan mendidih dan apabila kuahnya
hampir pekat masukkan sedikit air asam jawa.
2 Comments
Rindu pajeri nenas mak masak. Nanti suruh mak masak, makan dengan nasi panas-panas dan ikan masin
ReplyDeleteKan.. apapun air tangan ibu jugak sebenarnya yang membangkit selera... terasa rindu jugak nak mak sis memasak pajeri nenas ni... :))
Delete