Softener Paling Wangi

DAH CUBA SOFTENER ATAU PELEMBUT FABRIK JENAMA COMFORT?COMFORT WHITE MUSK ADALAH SOFTENER PALING  WANGI! NAK TAHU SEBAB APA, BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS TAU.

Comfort white musk diformulasikan dengan campuran unik daripada kayu, rempah segar dan haruman bunga ros dan bunga melati yang menghasilkan wangian yang nyaman dan tahan lama.

Bahkan ianya juga mampu menyemarakkan perasaan dengan aroma yang membangkitkan kedamaian dan ketenangan sepanjang hari.

Menurut Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Kategori Penjagaan Rumah dan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Comfort White Musk ini direka dengan aroma yang terhasil daripada gabungan unik kayu dan bunga yang eksklusif.

Ia menjadikan wangian ini sesuai dengan kelebihan wangian ‘Oud’ untuk memenuhi kepuasan kita semua sepanjang hari dengan rasa nyamannya termasuklah kita yang memakai hijab. Tu antara yang buat Sis jatuh hati dengan Comfort White Musk nih.

Softener Paling Wangi

HARUMAN UNIK NEGARA TIMUR TENGAH
‘Oud’ adalah haruman unik untuk negara-negara Timur Tengah dan sering dianggap sebagai haruman eksklusif.

Aroma mawar dan melati yang tersendiri ini digunakan sebagai kombinasi sempurna kepada bau ‘musky’ dan kayu dalam Comfort White Musk untuk memberikan haruman ‘oud’ yang menenangkan.

Apa yang lagi menarik, Comfort White Musk menggunakan teknologi NCAP untuk memelihara fabrik dan memberikan kesegaran tahan lama sehingga 28 hari.

Comfort White Musk boleh didapati di seluruh negara dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM9.85 (800ml). Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh layari FB www.facebook.com/ComfortMalaysia

Sebelum Sis akhir coretan kali ini. Sis nak kongsikan satu tips berguna untuk korang ya.Semoga bermanfaat!

Softener Paling Wangi
Dea Marissa cukup teruja dengan apa yang Momma nya dapat heheh... :)

Softener Paling Wangi
Tadaaaa..... Lepas ni cucian Momma jadi lebih kekal bau harumnya. Terima kasih Comfort White Musk!

TIPS MENCUCI PAKAI SUPAYA KEKAL BERBAU HARUM:
Setelah memilih serbuk pencuci atau softener paling wangi,apa yang perlu korang titikberatkan adalah jumlah atau sukatan yang perlu dipakai.

* Gunakan serbuk pencuci atau detergent tanpa melebihi sukatan yang disarankan. Jika melebihi sukatan tersebut ia akan melewatkan proses pembilasan dan sisa-sisa serbuk pencuci yang tidak dibilas dengan sempurna akan mengundang bau yang tidak sedap atau kepam.


 Jika kita memakai softener paling wangi secara berasingan, tambahkan produk ini pada bilasan terakhir ketika sisa-sisa buih detergent sudah hilang.

* Kalau dah siap, cepat-cepatlah keluarkan pakaian basuhan daripada mesin basuh. Kalau korang biarkannya terlalu lama setelah mesin basuh berhenti berpusing ia akan membuatkan pakaian yang dibasuh kembali berbau kepam.

* Kalau boleh, pakaian yang dibasuh boleh kering dalam tempoh satu hari tanpa terkena hujan ataupun dibiarkan berembun malam.

Okay, sekian dulu. Jangan lupa cuba softener paling wangi iaitu Comfort White Musk. Pasti korang tak menyesal!

Lurve,
Sis Anie Mohamed