Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Tak kiralah sesiapa pun kita, orang Islam atau pun tidak, kita semua akan mati!

Lenyap di dunia ini dalam keadaan apa, di mana, bilakah waktunya, tiada seorang pun boleh meramalkannya. Cuma apa yang boleh kita lakukan, sentiasa mengingati mati dan berusaha untuk mati dalam keadaan beriman!

Kematian bekas model Playboy,Cassandra Lynn Hensley,34, cukup tragis. Seorang kenalan model tersebut telah menemui mayat Cassandra yang terapung serta sudah kembung di dalam bathtub, di rumahnya di Los Angeles. Dia segera menghubungi paramedik serta pihak polis.

Khabarnya,kematian Cassandra "Miss February 2006" majalah Playboy ini tiada kaitan dengan unsur-unsur jenayah. Sebaliknya, overdose!