Pengkalan Hulu Perak

DAH LAMA SEBENARNYA SIS MENANAM HAJAT UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MAMA FEZA @ KAK LONG, KAMPUNG KUAK HULU YANG TERLETAK DI PENGKALAN HULU PERAK.BETUL-BETUL TAK SANGKA, KALI INI MENJADI.BUKAN APA, SEBAB YANG SELALU BUAT TAK JADI IKUT TU ADALAH SIS! KERJA TAK SIAP, TAK BOLEHLAH IKUT! HAHAHAHA….


Pengkalan Hulu Perak

Kali ini Sis kumpul kekuatan untuk siapkan mana-mana kerja sebab awal-awal lagi Kak Long dah pesan, “Makchu jangan cancel ya”. Kali ini, Sis memang tak sampai hati lor nak menghampakan hasrat Kak Long nak angkut Sis dan keluarga pulang ke kampung halamannya. Cuma, Sis rasa sedih sikit, sebab Si Abang (anak sulung) tidak turut sama kerana sudah mula bekerja.

Pengkalan Hulu Perak
Berhenti menjamu selera di Pekan Grik. Nasi lemak dan roti canainya memang terbaek lah!
Kami bertolak dari Shah Alam sekitar jam 4.30 pagi, dan berhenti solat Subuh di Hentian Sungai Perak. Kemudian kembali meneruskan perjalanan dan  singgah bersarapan pagi di Pekan Grik kira-kira jam 9.30 pagi.

Pengkalan Hulu Perak


Pengkalan Hulu Perak

Selepas mengisi perut kami kemudiannya meneruskan perjalanan dan tiba di Pengkalan Hulu  kira-kira jam 11.40 pagi. Sempatlah singgah ke Pasar Besar Pengkalan Hulu untuk membeli serba sedikit keperluan untuk makan tengahari.Yang pasti, petai kena ada! Hahaha...haaa...

Pengkalan Hulu Perak
Hari-hari Opah masak lauk sedap... Hari-hari jugaklah perut kami kenyang ya amat! Hahaha..hahaha...

Pengkalan Hulu Perak
Makan .. makan.. jer... 
Tiba di kampung (Kampung Kuak Hulu), Opah (emak Kak Long) dan Mak Teh (makcik Kak Long) sudah bersedia menanti kedatangan kami. Suasana damai desa begitu terasa, bahkan cuaca di situ seram-seram sejuk. Hahaha… hahhaa… macam mana tu? Siang tak panas terik, dan pabila malam menjelang tiba, hurmm.. sejuk… pepagi berkabus tebal. Belum lagi kalau selepas hujan. Terasa macam duduk kat Cameron Highlands la pulak.. Hahhaa…

Pengkalan Hulu Perak
Dea Marissa belajar jadi anak kampung :))

Pengkalan Hulu Perak
Tidur di serambi terbuka... pengalaman baru buat anak-anak Sis
Sepanjang 4 hari 3 malam di sana, memang cukup menyeronokkan. Jadual penuh, kecuali hari pertama kami tiba. Keadaan cuaca  yang hujan menyebabkan aktiviti yang dirancang terbantut. So, kami duduk rumah sahajalah… Makan… makan… makan..  Hahahaha… Mana tak buat berat badan Sis terus membuak-buak naik!! Dah tu masakan kampung pulak… memang berseleralah Sis anak beranak. Hehhee…

Pengkalan Hulu Perak
Sesi menziarah sanak-saudara. Ni rumah Tok Cik. Makan lagi. Makan pulut dengan kelapa dan ikan pekasam. Perghh! Sedap gilosss!!

Pengkalan Hulu Perak
Makan kenduri di Baling, Kedah.Lauk kenduri, lain daripada yang lain... siap ada sup gear box!

Pengkalan Hulu Perak
Sempat singgah di Pasar Malam Baling, Kedah. Meriah dan murah! Syok sangat dan tak puas sebab nak cepat, hari hujan!
Ketika di  sana, selain dibawa menziarah saudara mara Kak Long, sempat jugak menghadiri majlis perkahwinan salah saudara Kak Long di Baling, Kedah. Lepas kekenyangan sewaktu nak balik ke Pengkalan Hulu, singgah pula kami di Border Bukit Berapit (di catatan akan datang nanti Sis cerita ya sebab macam best jugak nak cerita hahhaa…) dan Pasar Malam Baling.

Paling syok.. anak-anak.. memang beria-ia nak mandi sungai!
 Aktiviti kat kampung Kak Long, selain menziarah sedara mara Kak Long yang tinggal berdekatan dengan rumah,  anak-anak juga tak lepaskan peluang pergi mandi manda di sungai. Sanggup anak-anak berjalan kaki dan mujurlah Sis tak terjebak untuk turut sama berjalan kaki. Kalau tak mahu, pengsan hahaha… hampir 1 km tu, dah tu kena lalu kawasan kampung yang jalan berliku, semak dan menempuh kawasan tanah perkuburan.

Sis memang seriau! Dah tu, ada pacat!! Disebabkan pacat jugaklah Sis menjerit bagai orang kena sampuk hantu, padahal ntah apa-apa jer yang melekat di celahan jari kaki Sis. Hissh... sungguh memalukan sebenarnya, tapi apa nak buat. Insiden itu dah berlaku pun... Hehehee... 
 
Pengkalan Hulu Perak
Sis kalau dah tergelak, mahu lepas laku! Huhuu..huh... 
Sepanjang berada di sana, ada dua perkara yang buat Sis rindu di celah keseronokan itu. Sis teringat dan rindu pada emak Sis di kampung dan jugak si Abang yang Sis tinggalkan. Biasalah naluri seorang anak dan mak-mak penyayang.Memang begitulah gamaknya....

Pengkalan Hulu Perak
Segalanya akan kekal sebagai kenangan buat selama-lamanya.

Oklah, sekian sahaja catatan Sis kali ini. Mata pun dah makin kecik ni…ngantuk hahha… Apapun, kalau ada kesempatan Sis dan keluarga memang nak datang lagi ke kampung ni, dengan satu misi. Melihatkan kehidupan anak-anak di sini, sedikit sebanyak membuatkan hati Sis tersentuh. Semoga Tuhan memberikan kesempatan untuk Sis dan keluarga melakukan sesuatu kebaikan di situ. Insya-Allah. Ameen.

P/S: Terima kasih Kak Long dan keluarga sebab sudi ajak makchu n famili balik kampung. Ada rezeki kami follow lagi, jangan serik tau... Hahaha..haha..

Pengkalan Hulu Perak
Antara kita tercipta beribu kenangan manis!

Lurve,

Sis Anie Mohamed