SELAMAT TAHUN BARU KORANG
SEMUA. SYUKUR ALHAMDULILLAH… HARI INI
KITA SEMUA MASIH DIBERIKAN-NYA KESEMPATAN UNTUK MENIKMATI LEMBARAN BARU DALAM
KEHIDUPAN. SEMOGA 2018 INI MENJANJIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK, LEBIH BERMAKNA
BUAT KITA SEMUA. INSYA-ALLAH.
Mengenang 2017, sudah pasti
setiap daripada kita tentu punya pelbagai kisah dan juga dugaan. Ada yang manis
tak terkata, ada juga yang pahit mencengkam rasa! Namun, semua itu tidak perlu
kita ungkit kembali. Sebaliknya, jadikan ia sebagai pengalaman dan juga
pengajaran dalam hidup untuk kita melangkah dengan lebih baik lagi.
Bahagia tetap sederhana... |
Kalau tanya Sis, apa yang
akan Sis buat untuk menjalani kehidupan di tahun 2018 supaya terasa lebih
‘cool’? Hurmm… Life is beautiful, so tak payahlah kita nak serius sangatkan.
Memanglah life is difficult, tapi tak bermakna kita tak boleh bahagia dalam
kehidupan kita.
Bila kita relaks, kita akan jadi lebih kuat untuk mengharungi tiap dugaan yang datang! Biarpun kita rasa tak punya sesiapa, tetapi yakinlah Tuhan sentiasa ada bersama kita! |
Take it easy! Sebab apa,
orang yang lebih relaks biasanya lebih kuat, lebih mampu mengharungi segala
penderitaan dalam hidupnya. Dalam apa juga keadaan, sekalipun diuji dengan
situasi yang sukar, sebenarnya kita tetap boleh memilih untuk bahagia. Kita
masih boleh untuk tetap tersenyum dan ketawa.
Kalau Sis, semakin banyak
Sis senyum dan ketawa, semakin tinggi
daya ketahanan Sis terhadap tekanan ataupun stress. My happiness depends on
myself! Wahhh… gitew!!Lagi satu, mungkin di saat
kita happy, kita akan menjadi lebih mudah untuk memaafkan, memberi dan sentiasa
berfikiran positif!
UNTUK TAHUN 2018 JUGA, JOM KITA SAMA-SAMA BE
POSITIVE!
- Kita belajar memandang setiap masalah yang datang tu sebagai satu cabaran dalam hidup.
- Sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat, kritikan dan idea juga orang lain.
- Memandang masalah dengan lebih relasitik.
- Tidak terbenam dan lemas pada satu masalah sahaja! Hehehee….
- Melihat setiap yang dilalui dengan lebih optimis.
- Cepat-cepat bertindak atau berusaha, bukan dengan hanya pandai mencari pelbagai macam alasan.
- Bersyukur dengan apa yang kita miliki.
·
- Menikmati hidup apa adanya tanpa perlu membandingkan kenikmatan hidup orang lain!
Sekian sahaja catatan Sis di tahun baru ini. Sampai ketemu lagi dan jangan ragu-ragu untuk berubah menjadi lebih baik biar siapa pun diri kita sebelum ini!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
2 Comments
Selamat tahun baru sis Anie. Sama2 kita kekalkan aura positif supaya semua perkara dpt dihadapi dengan "cool". Dan semoga apa yabg dihajati tercapai. InsyaAllah.
ReplyDeleteAhahah... Selamat Tahun Baru juga ye.. Insya-Allah, moga kita juga dapat menempuhnya dengan tabah dan super cool kali ini. hehehe...
Delete