Pernah tak singgah makan-makan di Restoran Kenanga, Kelab Shah Alam, Selangor? Kalau masih  belum berkesempatan, silalah. Restoran ini menawarkan masakan Cina halal yang memang super sedap!

Setelah diperkenalkan dengan Restoran Kenanga, selera terus tertambat di sini. Suasana yang tenang dan selesa serta keenakan hidangannya membuatkan Sis sekeluarga pun suka untuk menjamu selera ke sini. 


kelab shah alam
Restoran Kenanga menyediakan masakan cina halal yang cukup enak

 


kelab shah alam

Restoran Kenanga

Walaupun hiasan dalamannya agak ringkas, namun restoran ini tetap mendapat tempat di hati, terutama pelanggan-pelanggan tetapnya.Biasanya aktiviti kekeluargaan antara Sis dan family Kak Long, berlangsung di sini.Tak kiralah sekadar menikmati makan malam sambil 'mengeteh' ataupun meraikan hari-hari istimewa kaum keluarga. Di sinilah antara tempat yang paling ideal buat kami. Bulan puasa pun, kami suka berbuka puasa di sini.

kelab shah alam
Majlis-majlis hari jadi kaum keluarga sering diraikan di sini. Walaupun simple, sentiasa penuh makna! 


kelab shah alam
Sayang semuanya.... keluarga kak long yang baik hati!


Kalau tak salah Sis, terdapat 22 set meja (satu meja dalam 10 orang) dan 2 buah bilik VIP bagi yang mahukan privasi. Dari segi attire pula, smart casual dan pemakaian sandal atau selipar tidak dibenarkan ya.

Selain suasana tenang dan selesa,staff nya pun sangat fireindly. Opss... sebelum terlupa ada satu perkara lagi yang Sis suka iaitu aktiviti MEROKOK tidak dibenarkan sama sekali. Hahhaa…hahhaa… Tak adalah nak sedut asap rokok time tengah syok menjamah makanan!

Banyak Menu Sedap

Sebenarnya ada banyak menu sedap kat Restoran Kenanga nie. Antara menu wajib yang dipilih setiapkali makan di sini ialah Nasi Goreng Sambal,Ayam Lemon, Sotong Goreng Tepung, Peria Telur Masin, dan Bayam Goreng Bawang Putih. 


nasi goreng sambal


kuey teow
Kuey Teow -.. bagi yang suka.. menang 'superb'!



Kalau korang suka kuey teow, fish and chip ataupun spaghetti, boleh juga order. Serius makanan kat sini semuanya enak-enak belaka. Dari segi harganya, hurmm…. Oklah not bad. Hahaha…


Sekian dulu cerita Sis kali ini. Sampai jumpa lagi di catatan akan datang. Kalau ada yang nak datang makan-makan kat sini tu waktu operasinya. Lokasinya terletak di Seksyen 13, atas bukit berdekatan juga Pusat Akuatik ataupun Tesco Extra Shah Alam. Kalau susah, sila Google Map atau Waze jer ya.


Waktu Operasi:
12.00 tengahari - 3.00 petang (makan tengah hari)
6.30 petang - 11.00 malam (makan malam)

Nak tahu lebih lanjut layari www.kelabshahalam.com