Minum Milo

MINUM MILO PADA SETIAP PAGI SUDAH MENJADI KEBIASAAN PADA SIS DAN KELUARGA. SEOLAH-OLAH BELUM LENGKAP RASANYA KALAU TAK HIDANGKAN DENGAN SEGELAS MILO, KHUSUSNYA PADA SETIAP PAGI SEBELUM ANAK-ANAK KE SEKOLAH.

Sis yakin, bukan Sis sahaja yang menyedari kepentingan bersarapan pagi buat anak-anak sebelum ke sekolah. Begitu banyak manfaat atau kebaikan apabila kita bersarapan pagi. Bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi juga buat orang dewasa dan warga tua. 
Minum Milo
Minum berkhasiat yang menjadi kegemaran Sis sekeluarga dulu, kini dan selamanya! 
Pengambilan sarapan pagi dapat menghindarkan kita dari pelbagai macam penyakit yang berisiko tinggi.Menyedari kepentingan itulah,pada setiap tahun MILO® Malaysia akan mengunjungi sekolah-sekolah di seluruh negara dengan van-van MILO® yang ikonik untuk merangsang permulaan tahun persekolahan yang baru, dan untuk memupuk tabiat mengambil sarapan pagi di kalangan rakyat Malaysia.

Minum Milo

Kalau korang nak tahu, pada tahun ini, MILO® Malaysia meraikan hari pertama persekolahan di 35 sekolah di seluruh negara. Wahh, cukup meriah, kan… Lawatan tahunan ke sekolah pada tahun ini juga adalah sebahagian dari inisiatif yang lebih besar bagi MILO® Malaysia untuk membantu ibubapa memahami yang ianya amat penting untuk membekalkan anak-anak mereka dengan sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang untuk memastikan mereka mendapat tenaga bagi menghadapi hari tersebut.

Minum Milo


Tahun 2017 yang lepas,  MILO® Malaysia telah buat satu eksperimen sosial yang dinamakan “Mama Kembali Ke Sekolah”. Ianya melibatkan empat orang ibu yang mengambil tempat anak mereka di sekolah dan terpaksa menempuhi jadual ketat yang mereka sendiri aturkan untuk anak mereka.

Menurut kata Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Malaysia dan Singapura, Nestle Malaysia,tujuan eksperimen tersebut adalah untuk membantu ibubapa menyedari situasi sebenar aktiviti-aktiviti harian anak-anak mereka.

Jadual harian seseorang kanak-kanak itu adalah lebih sukar daripada yang kita jangka dengan kata-kata. “Bayangkan seorang murid darjah satu yang baru pergi ke sekolah tanpa sarapan pagi. Kanak-kanak ini, tidak seperti ketika hari-hari pra-persekolahannya, akan bangun diantara jam 5 dan 6 pagi dan mengikuti jadual tetap termasuk waktu makan. Dia diwajibkan mengikuti pelajaran secara aktif di dalam bilik darjah dengan perut kosong. Dan waktu rehat adalah pada pukul 10am, iaitu empat jam semenjak mereka bangun pagi,” tambah beliau lagi.

Minum Milo


Untuk memahami dengan sebenarnya bagaimana jadual harian seorang kanak-kanak, mencabar tak mencabarnya rutin harian mereka, jom tengok video eksperimen sosial. MILO® Malaysia turut menggalakkan ibubapa menyaksikan video “Mama Kembali Ke Sekolah” di www.milo.com.my




Sis pun tumpang bangga sebab teman blogger Sis, Kolin Zainal turut terlibat dalam video tersebut. Sikit sebanyak pengalaman yang dilaluinya itu turut menyedarkan Sis betapa pentingnya kita mendengar ‘suara hati’ anak-anak kita yang mengadu kepenatan setiapkali pulang dari sekolah.

Okay, jumpa lagi di catatan yang akan datang. Sebelum tu, kalau sudi FOLLOW lah Sis ya. Bukan apa, semua tu mampu memberikan aura positif untuk Sis jadi lebih bersemangat dan rancak menulis... berkongsi cerita dengan korang semua. :)) 

Jaga diri, sayang selalu dan jangan lupa minum milo untuk sarapan pagi!

Lurve,

Sis Anie Mohamed