Resepi Spageti Alce Nero

PERNAH DENGAR JENAMA ALCE NERO TAK? JENAMA ORGANIK TERKEMUKA DARI NEGARA ITALI INI TELAH MEMPERKENALKAN SATU SIRI LIMA RESEPI PERAYAAN YANG SIHAT DAN KREATIF, TERDIRI DARIPADA MASAKAN TRADISIONAL DAN MASAKAN FUSION YANG BOLEH DINIKMATI SEISI KELUARGA.

Cuma, kali ini Sis kongsikan satu resepinya dulu ya. Korang kena cuba tau dan  rasai citarasa Timur dan Barat yang terbaik dengan trend kulinari Telur Masin bersama spageti Itali Alce Nero. Ia kemudiannya dikontraskan pula dengan kemanisan filet ikan kicap bermadu yang berciri Asia.


Resepi Spageti Alce Nero

Kalau masak pasta, Sis memang suka guna pasta Alce Nero. Ini adalah kerana pasta Alce Nero mengandungi indeks glycemic (GI) lebih rendah dan kandungan protein tinggi, sekaligus membuatkannya sesuai untuk kita menjaga kesihatan dan memang bagus untuk pesakit diabetes.

Lagipun makanan dengan indeks glycemic (GI) lebih rendah adalah tambahan yang baik dalam pemakanan harian kerana ia lambat diserap dan dihadamkan. Secara tak langsung ia  mampu meregulasikan kadar gula dalam darah dan insulin secara perlahan-lahan.

Diet rendah GI terbukti dapat menambah baik tahap glukosa dan lipid dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes (jenis 1 dan 2). Selain itu, ia juga berfungsi menjaga berat badan kerana dapat mengawal selera dan membuatkan kita lambat lapar.

Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil


Apa yang bestnya semua produk Alce Nero adalah 100% organik dan diiktiraf oleh undang-undang Kesatuan Eropah termasuklah tanaman, tanah pertanian, kilang pemprosesan, prosedur dan kandungan yang digunakan untuk pengeluaran. Produk organik Alce Nero merangkumi rangkaian pasta kering, sos pasta, madu, minyak zaitun dan jem buah-buahan.

Okaylah, jom kita layan Resepi yang dibawakan oleh Alce Nero ini.
Resepi Spageti Alce Nero

RESEPI SPAGETI TELUR MASIN BERSAMA FILET IKAN MADU DAN SOYA
Untuk hidangan: 2-4 orang
Masa penyediaan:  25 minit
Masa Memasak : 20 minit

300 g Alce Nero Organic Spaghetti (dimasak)
4 biji kuning telur masin (dikukus selama 10 minit kemudian dilenyekkan)
2 cawan susu evaporasi
1 cawan stok sayuran (lebihkan jika perlu dicairkan)
½ cawan bawang kuning dihiris nipis
3 biji limau purut (dititik)
3 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil
Garam dan lada hitam secukup rasa

4 keping filet ikan siakap
3 sudu besar kicap
2 sudu besar Alce Nero Organic Wildflower Honey
1 sudu kecil rempah Guinea
¼ sudu kecillada putih
½ sudu kecil  garam
2 sudu kecil Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

* Pengurang pemasaman untuk perisa dan hiasan
1 cawan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar
1 sudu besar Alce Nero Organic Acacia Honey

CARA MEMASAK:
1.   Campurkan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan Alce Nero Organic Acacia Honey di dalam periuk dan panaskan secara perlahan. Didihkan selama  10-15 minit sehingga menjadi pekat dan melekat tebal apabila diletakkan pada belakang sudu sebelum dihidangkan.

2.   Perapkan filet ikan dengan kicap, Alce Nero Organic Wildflower Honey, rempah Gunea, lada putih, garam dan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil selama 30 minit.

3.   Bungkus filet ikan dengan kertas masakan dan masakkan dalam oven yang terlebih dahuu dipanaskan selama 20 minit pada suhu 200°C.

4.   Sapukan sedikit Alce Nero Organic Acacia Honey pada filet ikan sebaik sahaja masak.  

5.   Panaskan 3 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil dalam kuali dan gorengkan bawang. Kemudian masukkan kuning telur masin dan masak sehingga berbuih. Tambahkan limau purut.

6.   Tuangkan susu evaporasi dan stok sayuran dan panaskan sehingga mendidih. Sebaik sahaja sos berkenaan pekat, tambahkan Alce Nero Organic Spaghetti dan gaul rata. Tambahkan perisa dengan lada dan garam.

7.   Masukkan spageti ke dalam pinggan dan letakkan filet ikan tadi.
Hiaskan dengan pengurang pemasaman.

Okay, dah siap pun. Selamat mencuba RESEPI SPAGETI TELUR MASIN BERSAMA FILET IKAN MADU DAN SOYA. Semoga menjadi k!

Sekian dulu catatan Sis kali ini. Jumpa lagi. Taaataaa…


Lurve,

Sis Anie Mohamed