Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

MANA ADA WANITA YANG TAK NAK NAMPAK CANTIK.BAIK YANG MUDA REMAJA, MAHUPUN SUDAH BERUSIA. TETAP JUGAK NAK NAMPAK AWET MUDA! KALI NIE SIS NAK SHARE PENGALAMAN SIS PAKAI TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C® DARIPADA MARY KAY. FORMULASI BARUNYA INI DIKATAKAN MAMPU MEMBANTU MEMBUATKAN KULIT WAJAH KORANG MENJADI LEBIH TERSERLAH.


SERUM vs MOISTURIZER
Antara serum dan moisturizer, mana satu produk yang paling korang suka pakai? Kalau Sis, Sis lebih suka pakai serum. Bukan apa, serum wajah nie mempunyai daya kerja yang lebih kuat daripada moisturizer. Ini adalah kerana tekstur bahannya cepat meresap dan membantu meningkatkan pengeluaran kolegen pada kulit wajah.

Maklum ler Sis ni kan dah berusia, kenalah pakai produk yang bahannya lebih ringan dan cepat meresap ke dalam kulit serta dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan kat muka nie. Sis naklah juga wajah nampak cerah dan berseri-seri.

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

Nie baru seminggu Sis guna TimeWise® Replenishing Serum+C® daripada Mary Kay. Sis pakai serum nie sebelah pagi, lepas cuci muka.Sebelum Sis tepek bedak ataupun sunblock.Sis pakai serum dulu bagi menjaga kelembapan kulit serta melindunginya dari sebarang pencemaran yang terkena pada kulit.

Sebelum tidur, lepas bersihkan muka, sekali lagi Sis akan pakai serum. Sis pakai serum nie sebelum tidur sebab masa tidur kadar penyerapan kulit sangat tinggi.


APA YANG BEST DAN BUAT SIS SUKA DENGAN TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C® ...

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

Serum  formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® nie bukan sahaja kaya antioksida.Malah turut digabungkan dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi. Vitamin C nie juga terbukti menjaga tekstur kulit yang lebih anjal dan awet muda.

Korang tahu lah kan, vitamin C nie kan punya banyak kelebihan dan kebaikan dalam mencantikan kulit. Antaranya, bermanfaat untuk mencerahkan warna gelap atau bintik-bintik gelap di wajah akibat penuaan, melancarkan pengaliran nutrisi ke kulit sehingga membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan glowing.



BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C®

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

●    Ekstrak Buah Delima
Tinggi vitamin C, vitamin lain dan juga antioksida. Buah delima dikatakan dapat membantu mengurangkan kesan stres oksidatif.


Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

●    Ekstrak Buah Plum Kakadu Memiliki kandungan Vitamin C yang paling tinggi.


Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

●    Ekstrak Buah Camu Camu Mempunyai kandungan vitamin C yang kedua tinggi dalam dunia buahan. Pokok camu camu ini tumbuh di hutan malar hijau di Amerika Selatan.


Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

●    Ekstrak Buah Ceri Acerola Buah ceri acerola sangat kaya dengan vitamin A dan C serta tinggi oksida.


Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

●    Ekstrak Buah Beri Black Currant
Buah beri black currant  ini mengandungi kadar vitamin C yang tinggi berserta vitamin dan mineral yang lain.

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

●    Ekstrak Biji Argan
Ekstrak botanikal yang didapati dari pokok argan dan hanya terdapat di Afrika..





Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®


CARA NAK PAKAI:
1.    Sapukan rata ke muka korang TimeWise® Replenishing Serum+C® yang dipam sebanyak tiga kali dengan pergerakan atas dan luar.
2.    Gunakan tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam di waktu malam.
3.    Elakkan kawasan mata.Biasanya Sis akan tepuk-tepuk menggunakan jari tangan dengan perlahan-lahan.


Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® sudah berada di pasaran sejak 1 Januari 2018 pada harga RM280 / 44ml . Kalau korang nak tahu lebih lanjut layari:  www.marykay.com.my 


So, kalau korang nak nampak lebih muda, cubalah pakai Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®. Serum vitamin C anti penuaan ini dapat menjaga kulit supaya tetap sihat,lembab dan awet muda.Gunakan secara rutin dan teratur bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.Tanda-tanda penuaan pada wajah kita pun akan pudar secara perlahan-lahan. Tu yang penting dan buat Sis lurve sangat dengan produk nie! Hahhaa... 

Okay, selamat menjadi cantik! Apa yang pasti serum vitamin C ini baik untuk kulit, terutama muka kita yang semakin dimamah usia! Jumpa lagi di catatan akan datang. K, babai!

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®  Lurve,
                                     Sis Anie Mohamed